Salam..
Entry kali ini khusus ditujukan buat keluarga & kenalan yang mengenali En Hasri atas pemergian beliau kembali ke Rahmatullah pada tanggal 18 Januari 2011. Allahyarham dikatakan meninggal dunia akibat serangan sakit jantung. Salam takziah diucapkan buat seluruh keluarga dan sahabat handai Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan bersama orang-orang yang beriman...
Baru seminggu yang lepas Allahyarham mengirim pesanan SMS buat aku.. bertanya khabar dan di mana aku berada sekarang... Dan setiap kali pun aku pasti membalas sms tersebut.. walaupun arwah selalu sms aku tgh2 malam.. aku tetap akan balas... seminggu yg lepas aku sudah hampir tertidur.. ikutkan hati aku sgt2 malas untuk membuka mata & membaca sms yang tidak diketahui datang dari siapa.. terdetik dalam hati, aku perlu membalas sms tersebut.. aku bertanya keadaan kesihatan arwah dan keluarga.. katanya, semua sihat seadanya...
Dan hari ini, aku menerima berita kematian arwah.. hati ini masih ragu dengan berita yang diterima.. sepantasnya aku menelefon encik najib untuk mendapatkan kepastian.. Ya Allah... berita yang diterima ternyata benar.. Arwah meninggal dunia akibat serangan sakit jantung.. Langsung terasa sugul di hati... Insan yang selama ini sering bertanya khabar tentang keadaan aku disini, orang yang selalu bertanya bila lagi aku akan pulang ke tanah air dan dapat bertemu kembali dengannya.. kini telah tiada buat selama-lamanya.. dan kini aku terbayang-bayang kenangan yang ada antara aku dan arwah..
Semoga arwah tenang di alam sana.. semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.. Aminn..
Al-Fatihah
P/s:: Maaf sekiranya ada yang tersinggung dan menganggap entry kali ini sangat tidak bersesuaian dengan background music yang ada didalam blog ini...
0 comments:
Post a Comment