Salam & Hye!
Yay, finally i was able to watch the most wanted Malay movie of the year..! It's Miss wave (?????) aka "Ombak Rindu".. Jeng jeng jeng...
Bila release je download link dari TeamAryzs, terus je aku download dengan semangat yg berkobar2! Begini la nasib pencinta drama/filem melayu yang duk kat luaq negri.. bergantung harap dengan uploader klu nak tgk movie2 buatan Malaysia.. walau macam outdated sikit, tapi tak kisah la kan... ye lah, Miss Wave ni dah untung almost RM10 juta kat Malaysia, tapi aku baru je nak tengok, nak meluahkan buah fikiran aku pasal movie nie kan.. neway tak kisah.. let's check dis movie out, from my point of view~~~
oh ya sebelum aku meluahkan buah fikiran ini, jom kita baca sinopsis untuk movie nie, from this site:: TeamAryzs
filem yang diadaptasikan daripada novel Ombak Rindu ini mengisahkan tentang perjalanan cinta dua insan, Izzah dan Hariz dari dua dunia yang berbezadan mereka terpaksa menempuh pelbagai rintangan sebelum menemui kebahagiaan. Izzah adalah gadis kampung yang telah dijual oleh bapa saudaranya kepada sebuah kelab hiburan di K.L untuk dijadikan pelacur. Seorang pemuda, Hariz anak Datuk Sufiah, pemilik empayar perniagaan SUFIAH CEMERLANG telah mermbeli Izzah dari pemilik kelab tersebut untuk dijadikan perempuan simpanan, namun Izzah telah merayu Hariz supaya menikahinya untuk menghalalkan hubungan mereka.
Hariz setuju dengan syarat Izzah tidak menuntut sebarang hak sebagai isteri. namun selepas itu, hariz yang kasar dan panas baran telah jatuh cinta dengan Izzah yang penuh dengan kelembutan. hariz kemudian terpaksa menikahi Mila, kawan zaman persekolahannya setelah didesak oleh Datuk Sufiah dan Mila yang amat mencintainya. Semasa Hariz koma dihospital akibat kemalangan jalan raya, Datuk Sufiah telah menghalau Izzah keluar dari bungalow Hariz dan merampas telefon bimbit Izzah.
Setelah keluar dari hospital, Datuk Sufiah memberitahu Hariz yang Izzah telah menjalani hubungan dengan lelaki lain. Hariz yang marah telah memberitahu Izzah bahawa dia akan digantung tidak bertali semasa terserempak dengan Izzah di rumah pak Dollah, pemandu keluarga Datuk Sufiah. Izzah kemudian kembali ke kampungnya. Pak Dollah yang marah dengan Datuk Sufiah telah memecahkan rahsia bahawa hariz adalah anaknya yang telah diserahkan kepada suami Datuk Sufiah untuk dijadikan anak angkat serta memberitahu Hariz bahawa Izzah tidak bersalah. Hariz yang menyesal dan amat rindukan Izzah telah pergi ke kampung Izzah untuk memujuk supaya kembali kepangkuannya. Mila datang ke kampung Izzah dan menuntut cerai dari Hariz. Filem ini berakhir dengan Izzah dan Hariz menjalani hidup bahagia tanpa rahsia lagi.
Sebenarnye movie ni dah lama ditayangkan kat Malaysia, kalau tak silap 1st Dec 2011. and of course, sbb Aaron Aziz la aku ternanti2kan movie ni sangat2, ditambah dengan pengalaman membaca sendiri novel Ombak Rindu nie, kalau tak silap waktu aku Form 3.. tapi aku dah tak ingat sangat la jalan cerita sebenar dalam novel tu, so tak dapat la nak compare yang mana satu lagi bestt, versi movie atau novel..
apa2 pun, aaron aziz sangat charming!!!
Alahaaaaiiii~ |
Kat internet, dari apa yang aku dah baca, macam2 feedback yang aku dapat.. ada yang kata best giler (sampai meleleh2 air mata), ada yang cakap novel version lagi best & menyayat hati, and ada jugak yang kata filem ni macam ntah apa2!
aku terpanggil nak buat review ni bila ada yang beri pandangan, kata filem ni macam merendahkan martabat perempuan.. and statment ni dipantulkan pada watak Izzah yang ada dalam novel nie, which dikatakan perempuan yang tak berhak hidup bahagia sebab tak pandai nak defend diri sendiri dari perkara2 yang datang kepada dia, terutama apa yang dilakukan Harriz terhadap dirinya..
Aku dah tengok filem ni 2 kali dalam waktu 24 jam. Mula2 aku baca statment tu aku macam setuju, tapi bila aku go through semula movie nie, aku rasa aku kurang setuju dengan statment tersebut. I mean, come on.. cube tengok balik movie nie, n fokuskan pada watak Izzah & Harriz. Izzah tu seorang gadis kampung yang datang ke bandaraya besar sebab ikot pakcik die yang giler duit. Dia DIJUAL ke kelab malam utk jadi pelacur, then kebetulan berjumpa dengan Harriz yang kemudian dirogol. Izzah then merayu pada Harriz supaya bawak dia keluar dari club tersebut, which then meleret kepada rayuan supaya Harriz menikah dengan dirinya, dan sudi dianggap CUMA sebagai seorang perempuan simpanan, atas sebab apa? Sebab maruah dia sebagai seorang perempuan yang sudah ditiduri tanpa rela.. (dan of course sebab agama jugak sebab Izzah bawak watak sebagai seorang ustazah, yang tahu selok belok agama)
so kenapa benda ni yang dikatakan sebagai tak boleh nak defend diri dia sendiri? salah ke bila Izzah merayu kepada Harriz meminta supaya dinikahi..? urm..
then timbul isu kononnye dalam movie ni Izzah just mampu nak berdiam diri bila dikasari oleh Harriz.. oh boy.. aku rasa banyak lagi movie lain yang tunjuk aksi2 keganasan dalam rumah tangga, knapa tak timbul plak isu mcm ni kan?
...aku thumbs up kat lakonan Lisa Surihani sebagai Mila Amelia.. haha.. walaupun aku rasa beliau sedikit over dalam citer nie, tapi aku rase it works! sesuai la dengan watak citer tu.. dari awal sampai akhir, Mila berjaya ditonjolkan sebagai perempuan yang spoil habes!! terkedu Harriz bila Mila mengamuk, kalau dengan Izzah bukan main garang lagi eh?? heh~
AND AKU SETUJU DENGAN SATU STATMENT YANG AKU BACA TADI, HERO DALAM CITER NI SEBENARNYE BUKAN HARRIZ, TAPI PAK DOLLAH!!
Peace Pak Dollah~~~ |
YEAH PAK DOLLAH, GUD JOOB!!
sekian review movie dari aku, yang pertama, and mungkin yang terakhir, sbb aku tak minat sgt nak review2 nie.. just kali ni special utk aaron aziz.. bahaha~
~~~
0 comments:
Post a Comment